(Update: 19/11/11)
1. PENTING! Pra-tempahan.
a. Download borang tempahan disini dan isikan dengan teliti.
b. Buat lakaran peta & scan/ambil gambar.
c. Buat bayaran deposit RM50 & scan/ambil gambar slip bayaran.
2. Emailkan semua di atas.
Emailkan kepada kami borang tempahan yang telah siap diisi, lakaran peta dan salinan slip bayaran tadi kepada kami di indiekad.team@gmail.com. Tempahan tidak akan diproses selagi ketiga-tiga dokumen di atas tidak lengkap. Email pengesahan menerima tempahan akan dihantar kepada anda sebaik sahaja dokumen-dokumen tersebut telah kami semak.
3. Proses Rekaan Artwork.
Rekaan artwork akan disiapkan dalam tempoh 3-7 hari bekerja dan akan diemailkan kepada anda untuk semakan.
4. Semakan & Pembetulan.
Pelanggan perlu menyemak artwork yang telah siap disediakan dan perlu memaklumkan kepada kami sekiranya terdapat kesalahan. Anda hanya boleh membuat pembetulan & perubahan sebanyak 2 kali sahaja. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas kesalahan pada isi kandungan yang telah disemak oleh anda.
PERHATIAN : Susun atur grafik, pemilihan font, rekaletak dan identiti setiap kad Indiekad adalah tertakluk kepada template sedia ada. Pelanggan tidak dibenarkan menukar atau mengubah mengikut citarasa sendiri bagi memastikan mutu design Indiekad terpelihara dan berada pada tahapnya yang tersendiri. SEMAKAN & PEMBETULAN bermaksud pelanggan perlu membuat semakan dan pembetulan secara menyeluruh dengan teliti pada ejaan nama, tarikh, tanda/ikon/tulisan jawi, alamat, nombor telefon, aturcara majlis, doa, ayat jemputan dan lain-lain hal membabitkan kesalahan pada ejaan dan peta. Sebarang pertanyaan perlu dibuat sebelum proses pra-tempahan dilakukan.
5. Bayaran Penuh. (Update: 19/11/11)
Baki bayaran perlu dijelaskan sebelum proses percetakan dijalankan. Sila emailkan slip pembayaran kepada kami.
6. Proses Percetakan.
Proses percetakan akan dijalankan sebaik sahaja artwork terakhir dipersetujui dan setelah bayaran penuh tadi diterima. Tempoh percetakan mengambil masa 7-14 hari bekerja.
7. Tarikh Kad Siap. (Update: 19/11/11)
Kami akan menghubungi anda untuk memberitahu tarikh kad dijangka sampai kepada anda dalam masa 2-3 hari selepas proses percetakan dijalankan.
8. Penghantaran / Pengambilan. (Update: 19/11/11)
PENGHANTARAN PERCUMA!!! Untuk SEMUA JENIS KAD & POKET KALENDAR (kecuali Kad Vibe, paperbag, bunting dan banner), penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia menggunakan khidmat kurier adalah PERCUMA! Sila rujuk bahagian CARA PENGHANTARAN untuk maklumat lanjut.