Waktu Yang Paling Sesuai Untuk Menempah.
Ramai bakal pengantin masih tertanya-tanya bilakah waktu yang paling sesuai untuk mereka menempah kad kahwin? Jawapannya ialah 3 bulan lebih awal atau selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda.
Mengapa? Kerana menempah di saat-saat akhir banyak keburukannya. Pertama, tempahan anda mungkin akan ditolak terutama sekali jika anda berkahwin di musim cuti persekolahan. Jadi, tak dapatlah anda menempah kad yang telah lama berkenan di hati untuk diberikan kepada jemputan anda! Kedua, kad jemputan anda mungkin akan dibuat seadanya kerana kesuntukan masa. Ya, kualiti dan masa saling berkait antara satu sama lain. Ketiga, anda akan lewat mendapat kad kahwin yang ditempah dan ini menyebabkan anda mengalami kesuntukan masa untuk mengedarkannya. Kad sepatutnya habis diedar 2 minggu sebelum majlis supaya tetamu boleh merancang jadual perjalanan mereka. Ke-empat, kesilapan tulisan dan ayat juga mungkin berlaku pada kad kahwin jika anda kelam kabut menyemak draf kad anda. Nak cetak semula dah tak sempat, jadi nak tak nak terpaksalah anda terima je apa yang ada dengan perasaan yang berbuku di hati, tak best kan?. Dan akhir sekali, ibu anda tidak akan berhenti bertanya bila kad nak siap, bila kad nak siap? Dan ini akan menambah stress kepada anda sebab banyak lagi benda lain yang masih lagi tak siap! :) Jadi, tempahlah kad kahwin anda 2-3 bulan lebih awal supaya anda mempunyai lebih ketenangan jiwa dan lebih relax semasa nak mandi susu, scrub atau bleaching badan menjelang hari bahagia anda!
Walau bagaimanapun, anda juga tidak digalakkan menempah terlalu awal kerana ia mungkin akan mendatangkan masalah kepada anda seperti pertukaran tarikh atau tempat berlangsungnya majlis.
Jadi, buatlah perancangan sebaiknya kerana majlis perkahwinan akan berlaku sekali sahaja seumur hidup, pastikan segalanya berjalan dengan lancar dan teratur mengikut kehendak dan pilihan anda!